Rasuah Wang Dan Perempuan - Drama Baru PKR

Written By Panglima Harimau on 25 May 2016 | 6:24 PM

AZMIN kata bahawa isu dakwaan rasuah itu tidak perlu disiasat. Isu skandal rasuah ‘wang dan perempuan’ adalah satu perkara remeh yang tidak wajar digembar-gemburkan. Isu itu tidak perlu dihiraukan pun oleh PKR. Banyak lagi perkara yang jauh lebih penting untuk diselesaikan parti itu. Iaitu berebut mahu jadi calon di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

SKANDAL rasuah ‘wang dan perempuan’ di dalam PKR; itu perkara remeh! Satu perkara yang sangat biasa dan tidak menghairankan pun. Ketua Umumnya pun terpaksa merengkok dalam penjara kerana hal yang sama.

BIASALAH jika seorang lelaki itu tertarik pada ‘wang dan perempuan’. Tapi, kalau wanita yang tertarik pada kaum sejenisnya, atau lelaki tertarik pada lelaki, maka ia adalah sesuatu yang boleh dianggap luar biasa. Kita boleh menganggap Ketua Umum PKR merupakan seorang ‘guru’ yang baik. Manakala Azmin pula, sebagai ‘pelajar cemerlang’ dalam sekolah PKR.

MESYUARAT Biropolitik KEADILAN pada malam tadi telah pun membincangkan isu berkait, dan keputusannya Rafizi perlu membawa bukti-bukti yang ada pada beliau terus ke pihak SPRM. Sekiranya ia melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti.

SEBENARNYA isu ini semata-mata nak alih perhatian saja – bukan sebab betul nak ambil tindakan atas penyelewengan yang dikatakan itupun. Kita yakin penyelewengan yang dikatakan itu berlaku, itu tiada keraguan; yang meragukan ialah orang yang mendedahkan isu itu dan motif ia mendedahkannya sekarang!

Siapa Dan Kenapa? Dua elemen ini pun dah cukup untuk buat drama bersiri 'SURAT DARI PENJARA'.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts