Selamat Hari Lahir UMNO Yang Ke 70. @NajibRazak @ShahrizatJalil @Khairykj @emysamsudin @umnoonline

Written By Panglima Harimau on 11 May 2016 | 11:44 AM

11 MEI 1946 Secara rasmi, UMNO lahir pada Kongres Melayu SeMalaya ketiga yang diadakan di Istana Besar, Johor Bahru. Pada tarikh itu juga Perhimpunan Agung UMNO yang pertama diadakan. Dato’ Onn Jaafar dipilih menjadi Presiden UMNO yang pertama.

BANTAHAN terhadap penubuhan ­Malayan Union semakin meningkat atas nama UMNO. UMNO lah yang terus wujud sebagai parti yang membentuk kerajaan dan memerintah Tanah Melayu dan Malaysia sejak 1957.

PADA 1946, British telah membahaskan status Raja-Raja Melayu perlu dihukum, kerana mereka tidak menyokong pentadbiran Inggeris ketika tentera Jepun menyerang. Parlimen British bersetuju supaya kerajaan Malayan ­Union ditubuhkan di Tanah Melayu.

PEMBENTUKAN kerajaan Malayan Union itu ditentang oleh orang Melayu, bermula di Johor. Tunjuk perasaan membantah perjanjian Malayan Union itu diadakan di Batu Bahat, dengan diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar. Bantahan diteruskan di ne­geri-negeri lain di Tanah Melayu. Raja-Raja Melayu dipaksa dan ditipu oleh Inggeris untuk mendapatkan persetujuan mereka.

WALAUPUN orang Melayu menentang, Malayan Union tetap ditubuhkan oleh Kerajaan Inggeris pada 1 April 1946. Kesan daripada penentangan yang dilancarkan oleh UMNO maka pada 1 Februari 1948, kerajaan Malayan Union dimansuhkan, dan digantikan dengan Perjanjian Persekutuan.

PADA 1951, Dato’ Onn mencadangkan supaya keanggotaan UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu, idea tersebut telah ditolak. Dato’ Onn telah meninggalkan UMNO dan Tunku Abdul Rahman mengambil alih jawatan Presiden UMNO.

TUNKU mengambil langkah menubuhkan Parti Perikatan sebagai sebuah parti ad hoc pada1952 yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC. Inggeris hanya bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu jika UMNO boleh membuktikan penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada tiga kaum itu boleh bersatu.

LANGKAH untuk menggubal sebuah perlembagaan bagi Tanah Melayu bermula. Draf Perlembagaan ini telah digubal oleh pakar undang-undang asing, namun teras isi kandungannya datang daripada cadangan yang dikemukakan oleh UMNO yang berlandaskan Islam.

PERLEMBAGAAN Persekutuan ini wujud selama hampir 59 tahun, terbukti bahawa ia menjadi landasan kepada sistem dan orga­nisasi pemerintahan Malaysia yang stabil dan dinamik hingga kini.

INGAT! UMNO telah memberi kedu­dukan apa yang ada pada kita sekarang; dari Dulu hingga Kini dan Selamanya!

HIDUP UMNO!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts