BN Ada Peluang Menang Di #PRKKualaKangsar Dan #PRKSungaiBesar

Written By Panglima Harimau on 06 June 2016 | 5:24 PM

DULU Pas bertanding di bawah pakatan pembangkang. Begitu juga PKR yang bertanding dibantu oleh Pas dan DAP. Apabila Pas melawan BN tanpa PKR atau DAP keadaan menjadi lain. Peluang Pas untuk menang tidaklah mudah kerana sokongan terhadap Pas tidak semacam PRU13.

KALI ini PAN tajaan DAP ingin ditampilkan sebagai pengganti Pas. Dendam PAN kepada Pas amat luar biasa dan begitulah sebaliknya. Tujuannya bukan hendak menang pilihan raya tetapi sekadar untuk mengukur baju sendiri.

PAN akan dapat undi daripada orang Pas yang sudah bersama dengan PAN dan undi DAP. PKR mungkin berkecuali di Sungai Besar. Tapi di Kuala Kangsar keadaannya berlainan kerana kerjasama itu tidak berlaku. BN bertemu dengan Pas dan PAN.

INI bermakna undi pembangkang akan pecah. BN mempunyai harapan untuk menang kerana pembangkang tidak mampu bersatu kerana pertentangan ideologi dan kepentingan kepartian yang mendalam.

TANPA dukungan DAP atau PKR; tidak mungin PAN mendapat undian yang mencukupi untuk menyaingi BN. Waktu PRU13 pembangkang bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Kini Pakatan Rakyat pecah dan Pakatan Harapan tidak diikut serta oleh Pas.

TAKDIRNYA PKR ambil sikap berke­cuali, maka undi pembangkang akan lebih buruk. Kalau PKR memihak kepada PAN, Pas akan berkecil hati dan ini boleh menjadi sebab hubungan PKR-Pas di Selangor menjadi gerhana. Politik Selangor akan goncang semula.

SEJAK dulu lagi pakatan pembangkang ini diibaratkan tidur sebantal mimpi lain-lain. Kita tunggu apa yang akan berlaku di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Keputusan ini nanti jugalah menjadi jawapan yang mungkin terjadi dalam PRU14.

INI KALI LAH!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts