Cerita Akta 355

Written By Panglima Harimau on 01 June 2016 | 1:00 PM

CADANGAN pindaan itu adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan itupun bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

BIDANG kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 ini menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

LAGI pun Akta 355 ini tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan boleh dibuat dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat. Realitinya kalau semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP pun tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan.

BELUM ada di kalangan Negeri yang bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen. Dalam hal ini kenapa MP Bukan Islam mendahului Hak Raja-Raja Melayu? Ada 4 perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipertikaikan. Itupun kalau ia Rakyat Malaysia!

DENGAR khabar Pas sudah bercadang hendak ambil balik kerusinya yang dipinjamkan kepada orang lain.

UMNO macam mana!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts