Ada 2 Pilihan: One Way Atau U Turn!

Written By Panglima Harimau on 22 July 2016 | 4:28 PM

SESUATU yang tidak di­sangka-sangka Tun M telah bersekongkol dengan puak-puak parti politik yang selama ini menghina dan mengutuk beliau; kini mereka duduk di sebelah kiri dan kanannya.

KITA tidak terfikir yang Dr. Mahathir sanggup merendahkan maruah beliau untuk bekerjasama dengan DAP dan pembangkang lain. Beliau berhasrat menubuhkan satu pakatan pembangkang yang baharu dan satu parti politik yang baharu.

INI adalah isu amat besar dan bakal memporak-perandakan lagi Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, PAN dan DAP. Secara tidak langsung ia menafikan Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang dan menolak pakatan harapan.

DR. MAHATHIR tidak mahu di bawah sesiapa, apa lagi di bawah Wan Azizah. Adakah ini juga akan ditolak mentah-mentah oleh parti-parti pembangkang? Mahukah Dr. Mahathir memohon menjadi ahli parti PKR, PAN atau pun DAP dan perlu menunggu Wan Azizah, Mat Sabu atau pun Lim Guan Eng untuk meluluskan permohonan keahlian beliau ke dalam parti tersebut.

BAGAIMANA dengan pengikut-pengikut, kroni dan rakan-rakan politik Dr.Mahathir. Tidak mungkin pemimpin-pemimpin dalam DAP, PKR dan PAN sanggup mengundur diri dan memberi laluan kepada ahli-ahli politik yang pro Dr.M.

SANGGUPKAH DAP, PKR dan PAN menggadaikan kerusi sasaran mereka semata-mata untuk memuaskan hati Dr. Mahathir, individu yang terlibat menahan dan memenjarakan mereka, satu ketika dahulu?

NAMPAK macam wujudnya kesepakatan untuk menjatuhkan Najib, UMNO dan BN. Tetapi dijangkakan akhirnya, mereka bertelagah sesama sendiri dan rakyat yang tertipu dengan wayang politik pembangkang ini.

Termasuk No Entry!
Sarang Labah-Labah

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts