Auta 3M. Mahathir, Muhyiddin Dan @MukhrizMahathir

Written By Panglima Harimau on 11 August 2016 | 10:56 AM



AWAL pertikaian hanya mahu menjatuhkan Najib dari kerusi Presiden UMNO dan jawatan Perdana Menteri sahaja. Mereka bukan mahu menjejaskan UMNO atau Barisan Nasional.

KINI mereka mahu menubuhkan sebuah parti baru. Apa kaitnya menubuhkan parti baru dengan menjatuhkan Najib! Melainkan ianya untuk menjatuhkan UMNO dan BN. Ini samalah tujuannya dengan pembangkang yang cuba menjatuhkan kerajaan.

MAHATHIR, Muhyiddin dan Mukhriz tidak lagi mahu jatuhkan Najib. Mereka sebenarnya mahu menjadi parti memerintah di negara ini. Maka alasan ‘untuk jatuhkan Najib’ sudah tidak lagi relevan sekarang ini. Yang pasti ‘ayam sabungan’ mereka boleh menjadi Perdana Menteri ‘ekspres’; sebelum ‘dia’ tutup mata.

DULU mereka mendakwa diri mereka ‘totok’ UMNO dan ‘berjiwa UMNO’. Tapi bila baru dipecat sudah mahu tubuhkan parti baru. Dulu ‘makhluk’ jenis ini ada di dalam PAS dan kini dizahirkan pula di dalam UMNO.

PERSOALANNYA, untuk menubuhkan parti baru, ia memerlukan dana yang amat besar. Bukan kecil anak modalnya untuk yang mahu dibeli dan diumpan; ianya bukan percuma. Mereka pastinya mahukan modal untuk mengumpan ahli baru untuk diagih ke bahagian masing-masing.

SIAPAKAH penderma dana kepada parti baru ini? Beranikah Mahathir dan Muhyiddin menjawapnya? Siapa pula Arab bodoh yang mahu derma kepada Mahathir? Sekarang teluslah Mahathir, siapa penderma bodoh kepada parti baru tuan? Arab bodoh mana atau taikun bodoh mana yang beri? Dulu bolehlah beri projek dan konsensi berpuluh billion!

ATAU paling dasyat, dananya adalah dari harta UMNO ketika dibubarkan yang masih belum dipulangkan! Begitulah orang yang kononnya “pemimpin bijak pandai” boleh terjerumus ke dalam perangkap DAP.

Tahniah Lim Kit Siang!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts