Itu Bukan Saya

Written By Panglima Harimau on 31 August 2016 | 8:32 PM

ANWAR digugurkan dari Kabinet dan UMNO, orang bertanya sama ada berita itu benar atau tidak! Mahathir kata dia sendiri tidak tahu akan hal itu. Tapi beliau akan soal balik, bagaimana pula kamu boleh tahu? Itulah caranya Dr.Mahathir menjawab soalan.

BEBERAPA hari selepas itu Anwar sah dilucutkan jawatan. Orang kata itu bukan tipu, tapi adalah helah dan muslihat politik. Itulah keistimewaan Tun Mahathir kerana dia boleh lepas dengan apa saja yang beliau telah cakap.

SEBELUM ini Tun Mahathir ada memberitahu akan hal 3 Tan Sri dengan agak memeranjatkan. Beliau kata konspirasi oleh 3 Tan Sri ini tiada membabitkan diri beliau. Cuma peliknya Tun M tahu pula kisahnya. Kini 3 Tan Sri telah menjadi 4 pula dalam sekelip mata.

ORANG tak kisah 3 atau 4; tetapi orang lebih berminat berkenaan apa sebabnya ia didedahkan! Kini ke3 mereka senyap sunyi, tiada kenyataan pun yang keluar dari mereka. Mungkin Tun M marah kerana mereka tidak lagi mahu bekerjasama dengannya; atau Tun M dapat tahu mereka dimaafkan oleh Najib?

RASANYA sebelum tindakan diambil, Tun M mahu cuci tangan. Jadi jumlah 3 dan 4 pun boleh berubah dalam sekelip mata. Dulu 1MDB jumlah wang lesap sebanyak 42 billion, kemudian bertukar kepada 27 billion. Lepas itu bertukar pula kepada hutang, bukan lesap! Jadi dari lesap sudah tukar menjadi hutang ikut “mood” ceramahnya.

APA-APA pun pasaran cerita sebegini tidak memerlukan orang yang memiliki “IQ” yang tinggi untuk menelan bulat bulat. Pegawai bank yang menyokong Tun M pun boleh jadi bodoh sekejap tanpa bertanya berapa haribulan wang 1MDB masuk ke akuan Najib kerana yang menyokong Tun M adalah “auto bodoh”.

TUN M orang popular, maka tentulah apa yang Tun cakap semua betul belaka. Kita harus berfikir apakah permainan yang cuba dilindunginya? Atau Tun M “playsafe” sebelum didedahkan dia sendiri yang dedahkan!

INILAH agaknya yang dimakdsudkan oleh Sultan Johor, Mahathir sebagai penyebab kepada banyak masalah dalam negara! Rakyat pula janganlah mudah jadi alat mendengar tanpa menyiasat. Kalau sentiasa alihkan tiang gol, macam mana hendak sepak penalti?

KALAU menuduh pun berada dalam keraguan; maka yang mendengar tidak perlulah lebih sudu dari kuah!

WALLAHUALAM

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts