BODOH Makanan Sicerdik...

Written By Panglima Harimau on 01 September 2016 | 2:55 PM

DAP sebuah parti politik pelik. DAP kata diri mereka parti pelbagai kaum, sedangkan kebanyakan ahlinya terdiri daripada kaum Cina. Bertanding pun di kawasan majoriti penduduk Cina. Kuasa pucuk pimpinan mereka juga dikuasai oleh kaum Cina. Manakala orang India dan Melayu tiada tempat dan jawatan dalam parti berkenaan.

DAP hanya mampu berperanan sebagai pembangkang. DAP sukar untuk mencapai hasrat berkuasa dalam Kerajaan Pusat. Pada PRU 2008 dan 2013, DAP menggunakan Pas dengan slogan dwikuasa dan ubah kerajaan; akhirnya lebih 80 peratus pengundi Cina tertipu.

HARI ini Kit Siang cuba berbaik dengan parti politik baharu Tun Dr. Mahathir, Parti Pribumi (Bersatu). Mahathir telah berjaya tiga kali pecahkan UMNO. Pada 1987 UMNO berpecah selepas Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan parti Sema­ngat 46, Anwar Ibrahim tubuhkan PKR dan kini beliau pula tubuhkan Bersatu. Dr. Mahathir me­mecahbelahkan UMNO untuk laluan pribadinya.

DAP mahu parti baharu Dr. Mahathir menentang kawasan kubu kuat UMNO di kampung-kampung, iaitu kawasan undi Melayu konservatif. Pakatan pembangkang tidak perlu bergabung sebelum PRU. Mereka guna taktik satu lawan satu untuk bertarung. Selepas terpilih baru bergabung, berkompromi, bekerjasama, dan dapatkan persetujuan bersama tubuhkan kerajaan baharu.

PEMBANGKANG perlu gunakan sebaik-baiknya Dr. Mahathir, kerana DAP, PKR, PAN serta Pas tidak mampu menyerang 88 kubu kuat UMNO; tetapi biar parti Bersatu Dr. Mahathir ini akan jadi kapak untuk menebang pokoknya sendiri.

MAKHLUK perosak!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts