Fakta Bangsa Cina

Written By Panglima Harimau on 05 September 2016 | 11:49 AM

BERITA menyatakan ada 100,000 bangsa China BELUM dapat Kerakyatan Malaysia. Mereka ini yang katanya dah bercicit kat sini dengan status PR kononnya "dinafikan" kewarganegaraan. Isu ini dicetuskan oleh Presiden NGO yang belum lagi ditambah garam dan ajinomoto oleh DAP.

MEREKA merujuk kepada Perkara 16 Perlembagaan yang kononnya menyatakan HAK mereka untuk didaftarkan sebagai warganegara. Tapi mereka tak baca habis yang MEWAJIBKAN Cina ini semua MEMPUNYAI PENGETAHUAN ASAS BAHASA MELAYU.

DALAM laporan mengatakan mereka ini mengakui kesukaran untuk bercakap dalam Bahasa Melayu! Itulah yang menyukarkan mereka di terima sebagai warganegara. Merujuk kepada Perkara 18 Perlembagaan YANG MEWAJIBKAN sesiapa saja sebelum boleh didaftarkan sebagai warganegara mesti mengangkat ikrar setia kepada Raja dan Negara mengikut Jadual Pertama Perlembagaan.

ANTARA tahun 1957-1970 dulu, seramai 1.74 juta pendatang haram dari China dan India telah diberikan taraf warganegara oleh Kerajaan Perikatan TANPA MELALUI PROSES ANGKAT IKRAR INI. Ini menyebabkan taraf kewarganegaraan kesemua mereka sekarang ini BOLEH DICABAR DI MAHKAMAH; kalau kita mahu!

KITA mendesak kerajaan agar jangan bagi muka dengan memberikan kelulusan ekspress kepada 100K bangsa pendatang ini; sebab yang akan jadi mangsa ketidakadilan sosial di negara ini adalah orang Melayu yang asyik kena mengalah saja.

DULU Tahun 2005 masa Pak Lah jadi PM, beliau telah mengarahkan Jabatan Imigresen mengesan 50 ribu orang pelancong dari China yang masuk "melancong" ke Malaysia tetapi tiada rekod mereka pernah meninggalkan negara selepas tamat tempoh yang dibenarkan untuk melancong.

HARI INI selepas 11 tahun, Presiden Persatuan Cina Gongzhong Malaysia, mendesak kerajaan segera meluluskan permohonan kerakyatan 100 ribu orang cina yang tak boleh berbahasa Melayu yang dah tinggal "lama" di Malaysia sebagai hak mereka di bawah Perkara 16 Perlembagaan.

DALAM senyum dan tawa,
AKU rahsiakan sedih dan retak di hati....
JIWA bersabarlah tenang la...
KITA serahkan urusan yang tidak diketahui
dan yang kita ketahui kepada Allah swt...

FAKTANYA;
Bangsa Cina ini BUKAN
KAUM CINA MALAYSIA!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts