Lagi Sekali Negara Akan Bankrap

Written By Panglima Harimau on 08 September 2016 | 12:39 PM

SEBENARNYA mesej ini adalah kitar semula dari mesej tahun lalu yang tidakpun menjadi kenyataan. September 2016 di ubah menjadi September 2017. Seronok sangat pembangkang dua tiga hari ini menyebar dakyah buruk mengenai ekonomi Malaysia. Pembangkang sekarang sudah mula mensasarkan subjek “ekonomi” selepas isu DOJ nampaknya mulai hilang minat daripada rakyat.

SEKARANG USD1 = RM4.00; kalau diingatkan dimana awal tahun lalu berada di USD1 = RM4.47. Hidup kita tidak banyak berubah apabila ringgit kita menyusut tahun dulu. Kita juga tidak menjadi lebih kaya apabila mata wang kita meningkat.

JUMLAH rizab BNM bukan RM101 bilion tetapi USD 101 bilion; iaitu bersamaan RM400 bilion. Tun Daim telah melakukan kesilapan dan nampak bodoh dalam perkara ini. Malaysia berada di tempat ke 71 antara negara-negara hutang yang paling tinggi. Maknanya 70 negara-negara lain akan bankrap dahulu sebelum sampai giliran Malaysia! Negara-negara yang akan bankrap dulu ialah Jepun, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Jerman.

MALAYSIA adalah ditempat ke-54 paling kurang rasuah berbanding 179 negara lain di dunia – bukan nombor satu! Kita memang patut berbelanja mengikut keperluan; tetapi mesej WhatsApp palsu parti pembangkang cuba untuk memusnahkan keyakinan dalam ekonomi Malaysia.

PEMBANGKANG memang kerjanya menyebar yang palsu dan mengeliru dengan pembohongan. Tujuannya adalah untuk memusnahkan keyakinan orang ramai. Bayangkan jika semua orang percaya dengan kandungan dalam mesej itu; maka pasti ianya akan merosakkan Negara.

BUAT mereka yang pentaksub Tun Mahathir, bacalah dengan hati yang terbuka bukan dengan emosi. Bagi petualang mereka tidak peduli apa yang berlaku kepada Negara ini, selagi mereka tidak memperolehi apa yang mereka mahu. Jika ekonomi tidak baik maka ia adalah lebih mudah bagi mereka untuk menang. Mereka ini adalah orang-orang terkeji.

Pemakan Dedak Utama Sudah-sudahlah “Tun Daim”

1 comments:

Anonymous said...

Mereka2 ni umur dah masuk super emas pun masih nak buat kerja keji yg menipu untuk mengelirukan orang. Semuga rakyat tidak tertipu.

Post a Comment

Popular Posts