PERKASA Si Katak Lompat

Written By Panglima Harimau on 21 September 2016 | 12:18 PM



PERKASA muncul sebagai sebuah NGO yang menjaga kepentingan kaum Melayu dan umat Islam di negara ini. Ia berjaya menarik ahli UMNO dan Pas. PERKASA ditubuhkan bukan untuk menjadi parti politik. Sebaliknya, PERKASA ditubuhkan untuk menyokong kerajaan dalam menjaga kepentingan kaum Melayu dan umat Islam di negara ini. Itu janji Presiden PERKASA!

PERJUANGAN PERKASA sangat dibenci oleh pengikut tegar DAP sehingga dilabelkan sebagai NGO rasis. Hari ini telah bertukar, ia telah bertukar menjadi NGO pro politik. Ianya jauh meninggalkan landasan asal perjuangan penubuhan PERKASA ini.

IA BERMULA sebaik sahaja Tun Mahathir menggerakkan gerakan untuk menjatuhkan Datuk Najib; kononnya untuk menyelamatkan UMNO. Secara tiba-tiba, PERKASA menyokong perjuangan Mahathir ini dan telah menyebabkan kesepakatan kaum Melayu di Malaysia berpecah.

PERKASA hanyalah satu retorik yang pada satu ketika dahulu, melaungkan ketaatan kepada ketua dan tidak menjadi penderhaka. Mereka memberi alasannya kononnya UMNO kini dijadikan sebagai sebuah parti untuk memberi kelangsungan kuasa kepada Najib.

80 PERATUS orang Melayu kecewa dengan pendirian PERKASA dan mereka semakin menolak cara kepimpinan dan perjuangan NGO ini. PERKASA kini sudah menjadi ejen perosak perpaduan kaum Melayu dan sekaligus tunduk kepada DAP selaku Ketua dalam Pakatan Harapan.

LIM KIT SIANG sendiri dilihat rapat dengan Mahathir. Di belakang Mahathir, PERKASA pula berdiri teguh menyokong perjuangannya. Lebih menarik lagi DAP yang selalu diwar-warkan oleh Ibrahim Ali sebagai musuh Melayu, kini telah menjadi kawannya. Apa lagi bezanya antara DAP dan PERKASA?

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts