Bila Roket Tanpa Bulan

Written By Panglima Harimau on 05 October 2016 | 5:45 PM

DULU DAP bangga ketika pakatan pembangkang disertai oleh Pas dan PKR. Pakatan itu pernah memenangi dua PRU pada 2008 dan 2013.

HARI ini DAP dilihat terumbang ambing apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terpalit dengan kontroversi; iaitu dua pertuduhan ra­suah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

PKR pula dikatakan sudah tidak yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri tergempar; yang bertujuan memungut suara bagi mengukur sentimen orang ramai terhadap dua pertuduhan melibatkan Guan Eng.

DENGAN isu rasuah ini dijangkakan 20 peratus pengundi atas pagar boleh menjauhi parti itu. Hubungan DAP dan Pas pula terputus setelah Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden Pas tetap bertegas mahu membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah dalam Sidang Dewan Rakyat.

DAP tidak mampu mengembangkan penga­ruh mereka di kawasan majoriti Melayu tanpa Pas. Sebagai ganti, PAN diwujudkan untuk meraih sokongan Melayu supaya DAP mampu mengekalkan kerusi mereka di kawasan campuran. Tetapi nampaknya PAN gagal di dua PRK baru-baru ini.

DENGAN kontroversi yang terpalit dan juga tanpa sokongan Pas; DAP mula rasa nak demam!

sempadan pula dah diubah....

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts