Buruk Perangai

Written By Panglima Harimau on 31 October 2016 | 12:41 PM

TIBA-TIBA orang kuat Pengerusi PPBM keluar parti berkuat kuasa serta-merta. Kononnya untuk beri tumpuan pada kes-kes mahkamah yang dihadapinya. Dia ini nampaknya lebih bijak pula dari seorang Cina di Pulau Pinang; yang tak mahu letak jawatan walaupun dah dituduh rahsuah di Mahkamah.

BUDAK ini pernah ditahan Sosma tahun lepas kerana membuat aduan berhubung 1MDB dengan agensi penguatkuasa undang-undang luar negara. Katanya jawatan tidak penting langsung sekiranya kita ikhlas untuk berjuang. Bagus betul budak ini!

DALAM politik macam-macam boleh jadi... ada kawan yang berkelakuan macam lawan, dan ada lawan perangai macam kawan. Semuanya serba mungkin, sebab itu geleng kepala dibuatnya. Tengok sajalah Husni Hanadzlah 'menyerang' 1MDB di Dewan Rakyat baru-baru ini.

RUPANYA Husni terlebih faham sebab dia bekas Menteri Kewangan Kedua dan kawan baik Datuk Seri Najib Razak. Zaman Najib jadi Ketua Pemuda dulu dialah antara leftenan kepercayaan Najib. Apakah ada kaitan dengan kes hendak kena tukar kementerian sehingga dia menarik diri daripada semua jawatan politik?

PELIK dan janggal; kerana sejak dipertanggungjawabkan menjaga 1MDB dia sentiasa bercakap positif mengenai 1MDB. Dia sering kata 1MDB satu entiti perniagaan yang walaupun ada masalah tapi ada jalan penyelesaian dan ia merupakan pelan rasionalisasi. Tapi tiba-tiba beliau mempertikaikan 1MDB di Parlimen.

KATANYA mahu belajar agama dan memberi tumpuan kepada keluarga. Buat le apa-apa pun Labi! asalkan kau bahagia.....

#ABCD
#AsalBukanCinaDAP

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts