BABI @dapmalaysia KUDA PKR

Written By Panglima Harimau on 29 November 2016 | 11:01 AM

RUU Babi diluluskan di DUN Pulau Pinang. Ia dibentang oleh Exco Melayu ADUN PKR. Enakmen tersebut adalah bagi mengawal selia industri babi agar berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang. Kononnya bela babi cara tradisional ditukar kepada pembelaan moden dan berteknologi.

KAWASAN yang diluluskan pula di kawasan Jawi, iaitu tempat majoriti Melayu. Ladang-ladang babi tradisional ini sebahagian besarnya diusahakan di kampung-kampung tradisional majoriti orang Melayu. Kawasan orang Melayu menjadi korban untuk pembangunan projek ternakan babi dengan air sungai yang tercemar!

RUU babi diluluskan oleh PKR dan DAP, tetapi mereka membantah RUU355 di Parlimen. Sedangkan RUU 355 ini jelas untuk umat Islam sahaja. Guan Eng membantah keras bersama dengan PKR. Bila mana Presiden Pas mengusulkannya, tapi Presiden PKR masih lagi buat-buat pekak dan bisu!

SAUDARA-saudara penyokong pembangkang, bukalah mata dan lihat sendiri bagaimana RUU babi boleh diluluskan dan mendapat sokongan ADUN Melayu PKR di Pulau Pinang; tetapi RUU 355 mereka bantah dengan memberikan pelbagai alasan di Parlimen.

NAMPAKNYA kerajaan DAP Pulau Pinang lebih utamakan babi dari selesaikan masalah banjir di Pulau Pinang. Biar rakyat banjir, janji babi dapat diternak secara moden. Malu bila ada orang Melayu diperkudakan DAP untuk membacakan usul RUU Babi ini dalam sidang DUN.

MELAYU diguna untuk angkat sepanduk babi di Bersih 5.0, hari ini DAPig guna Melayu untuk baca dan luluskan RUU babi. "Bijak sungguh" Melayu yang dipergunakan oleh DAP ini.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts