Bila Tiada PAN Dalam PAS

Written By Panglima Harimau on 02 December 2016 | 8:36 PM

PEMBANGKANG yang terkuat sebenarnya ialah Pas. Perhimpunan Bersih 5.0 kali ini tidak sehebat sebelumnya jika diukur daripada jumlah peserta yang hadir. Kehadiran orang Melayu adalah rendah dan majoritinya peserta masih lagi kaum Cina.

BAJU KUNING gagal mengajak orang Melayu Pas turut serta. Orang Melayu PAN dan PPBM gagal menandingi penyokong Pas dalam siri perhimpunan Bersih sebelumnya. Kedua-dua parti berkenaan jelas sekali tidak dapat menandingi pengaruh Pas.

BILANGAN orang Melayu yang menyertai perhimpunan kali ini telah berkurangan. PPBM yang dipimpin oleh Tun dan Mahyudin; walaupun berganding bahu dengan PAN yang diterajui bekas pemimpin Pas, masih gagal menarik sokongan orang Me­layu mengikut mereka.

BAGI PKR pula kehadiran orang Melayunya terlalu kecil ketika perhimpunan Bersih 5.0. Ini membuktikan kenapa parti itu tidak sanggup memutuskan hubungannya dengan Pas terutama di Selangor. PKR sedar mereka bergantung kepada kekuatan jentera kempen dan penyokong Pas jika mahu terus mempertahankan semua kerusi yang telah dimenangi oleh wakil rakyat parti itu.

PAS pastinya akan terus dihormati jika teguh me­ngekalkan agenda perjuangannya. Sememangnya Pas telah melalui ujian besar apabila berpecah sehingga lahirnya PAN. Tentunya bukan mudah bagi Pas melupakan segala pahit getir yang dilaluinya.

SEMOGA hubungan Pas dan UMNO terus segar dan subur. Pas perlu berdiri teguh sebagai sebuah parti yang istiqomah dalam perjuangan. Dengan jumlah keahlian dan kerusi yang ditandingi terhad, Pas perlu mencari teman sejati untuk menjayakan perjuangan sucinya dalam PRU14 ini.

1 comments:

Anonymous said...

jika pas n umno bergabung akan membawa mala petaka kpd puak2 kuffar n sekutu mrk..

Post a Comment

Popular Posts