#PAU2016

Written By Panglima Harimau on 04 December 2016 | 8:13 PM

KALI INI tidak ada orang No.2 di pentas. Muhyiddin Yassin sudah dipecat. Begitu juga dengan Shafie Apdal yang digantung kemudian meninggalkan parti. Mukhriz dan Husni Hanadzlah juga tidak lagi bersama. Kini, mereka yang tinggal sudah tentulah orang yang masih setia kepada kepemimpinan utama parti walau apa pun 'serangan' yang dilakukan.

PERHIMPUNAN kali ini mungkin yang terakhir sebelum PRU Ke-14. Ini bermakna kepemimpinan MT akan bertahan lagi sekurang-kurangnya 18 bulan. Ada yang berkata, PRU kali ini menentukan ‘hidup mati’ UMNO. Bekas Presiden dan Timbalan Presiden berada di sebelah sana.

JUMLAH parti politik juga bertambah dengan PPBM dan Amanah. Pakatan Harapan masih samar. Pas sudah meninggalkan pakatan. Tapi di Selangor, mereka masih bersama. Peluang BN mungkin le­bih baik jika pakatan tidak sepakat dalam menentukan calon mereka. Dengar cerita Tok Ali menyatakan hasrat PERKASA untuk bertanding!

PADA UMNO, yang paling membimbangkan apabila ada yang melawan arus, melakukan cah keting dan ‘tikam belakang’ serta menjadi ‘gun­ting dalam lipatan’. Akibatnya berlaku perpecahan yang merugikan parti. Lihat semula kekalahan tidak diduga pada PRU lalu.

JANGAN terlalu selesa de­ngan suasana semasa perhimpunan di PWTC. Kembalikan semula keyakinan rakyat. Yang dibawah sedang menuntut janji-janji yang disebut oleh yang diatas-atas sana; nanti bila balik ke cawangan kita jangan seperti 'itik pulang petang'.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts