Bunga Periuk Kera

Written By Panglima Harimau on 19 January 2017 | 8:58 PM

DI STA­DIUM MALAWATI, Shah Alam telah berlangsung suasana memperkenalkan sesuatu produk yang diragui. Sebenarnya semua yang dibangkitkan oleh PPBM telah dijawab secara terbuka dan dijelaskan secara terperinci oleh Kerajaan.

PPBM masih tidak ada hala tuju dan masa depannya sendiri. Lebih-lebih lagi apabila bergabung dengan DAP, PKR dan PAN yang masing-masing telah lama memiliki kedudukan serta kepentingan dalam blok pembangkang. PPBM seolah-olah hanya bunga layu yang tidak diinginkan oleh sesiapa pun.

DAP tidak mudah untuk menyerahkan kerusinya kepada pihak lain. PKR juga mempertahankan kerusi yang dimenanginya semasa PRU13. Kalau begitu PAN dan PPBM mahu dile­takkan di mana kalau DAP dan PKR tidak berganjak dengan pendiriannya.

PPBM berhasrat untuk meletakkan calon sebanyaknya di kawasan UMNO. PAN juga akan melakukan begitu di kawasan Pas. Pas tetap pertahankan kerusi yang dimenanginya di Parlimen dan DUN. Ini menyebabkan pertandingan lebih dua penjuru menjadi sesuatu yang tidak boleh dielakkan.

MELIHAT Pas telah mengambil pendirian akan menentang DAP dan PAN. Pas dan UMNO juga tidak mudah untuk menjalin kerjasama politik; maka ianya mengulangi semula senario di Sabak Bernam, Kuala Kangsar dan Sarawak.

PERTANDINGAN tiga penjuru ini amat ditakuti oleh gabung­an pembangkang. Kalau Pas menarik diri dengan PKR dan DAP di Selangor dan PAN bakal pula bertanding di semua kawasan di Kelantan, kedudukan Selangor dan Kelantan yang dikuasai oleh pembangkang pun bakal terancam.

KALAU dulu DAP bertekad mahu Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tapi sekarang dikatakan sedang mencari pertimbang­an lain. Tiba-tiba Kit Siang macam cacing kepanasan apabila dia didakwa bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri. Tapi Azmin Ali juga menunggu masa yang sesuai untuk mengambil alih ke­pimpinan PKR. Ini bermakna nasib Anwar kian menjadi persoalan.

DAP sebagai penentu agenda pembangkang tentu tidak semudah itu akur dengan cakap Dr.Mahathir. Anwar juga tidak mahu terpinggir. Kalau terlalu banyak penasihat ini adalah sesuatu yang tidak sihat. Lagi pun sudah terang lagi bersuluh, fahaman yang berbeza dengan citarasa politik yang tidak sama; maka jadinya tidurlah sebantal dengan mimpi yang lain-lain. Kesian Si Bunga dan Kuali nak tidor kat mana?

1 comments:

Anonymous said...

Panglima Harimau Zoo Taiping

Perjuangan yang belum selesai sebab kena kurung dalam sangkar

Post a Comment

Popular Posts