Kisah Timbalan Perdana Menteri

Written By Panglima Harimau on 26 January 2017 | 9:00 PM

SEBENARNYA jawatan Timbalan Perdana Menteri atau TPM itu diwujudkan dalam konteks konvensyen sahaja. Pemilihan TPM menjadi hak eksklusif Perdana Menteri. Jawatan TPM adalah jawatan ‘ciptaan’ pentadbiran kerana tiada diperuntukkan dalam Perlembagaan.

SEJAK merdeka, TPM dikurniakan dengan fungsi dan peranan tertentu sebagai timbalan kepada Perdana Menteri. Sesiapa yang menduduki jawatan nombor dua itulah kebiasaannya sudah melangkah sebelah kaki menggantikan Perdana Menteri.

KERANA ITULAH jawatan nombor dua TPM ini penting. Maka jika ada hasrat sesebuah parti mahu mencalonkan individu bukan Melayu sebagai TPM, perkara itu tidak boleh dipandang ringan. Seolah-olah ia mahu menguji sentimen orang Melayu di negara ini. Berani atau tidak berani diubah; hanyalah parti yang bukan BN saja jika mereka berkuasa.

TETAPI sesuatu yang lebih besar ialah jawatan nombor satu, Perdana Menteri. Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan bangsa, agama atau keturunan sebagai suatu ketetapan kepada pemimpin politik untuk dilantik sebagai PM atau TPM.

PERLANTIKAN bangsa Me­layu sebagai PM boleh diperdebatkan tetapi memandang­kan bangsa Melayu merangkumi lebih 61 peratus penduduk negara ini, perkara itu tidak dipersoalkan. Keistimewaan orang Melayu dilantik sebagai PM dapat dijelaskan lagi melalui sejarah negara ini yang berkaitan de­ngan nasionalisme tempatan.

TERINGAT kita kisah seorang penyandang jawatan TPM pada suatu ketika dulu. Beliau mempersiapkan diri untuk mengisi jawatan PM. Masa itu sebagai Menteri Kewangan ia berkuasa dalam pengagihan kerja dan pembiayaan negara.

HAIRANNYA beliau ketika itu tidak bertindak untuk membina kediaman TPM di Putrajaya. Sebaliknya beliau cepat untuk menyiapkan kediaman baharu PM, iaitu Seri Perdana. Beliau yakin bahawa beliau tidak akan menduduki kediaman TPM sebaliknya akan menduduki Seri Perdana dalam masa terdekat.

KISAH INI tidak pernah disahkan kesahihannya. Namun ia menjadi gurauan politik yang kuat untuk setiap orang baharu yang inginkan jawatan TPM. Perlu diingatkan jawatan ini sentiasa panas termasuk individu yang teringin mengisinya. Betulkah? Itu Kena tanya LKS.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts