Isu Sebenar Tentang Syarikat PROTON

Written By Panglima Harimau on 06 February 2017 | 6:11 PM

Proton merupakan sebuah syarikat SWASTA, BUKAN SYARIKAT KERAJAAN. Untuk menjadikan Proton lebih berdaya saing, Proton kena cari rakan teknikal. Carila sesiapa pun. Proton yang perlu cari dan buat keputusan siapa RAKAN TEKNIKAL mereka. Bukan keputusan Kerajaan pun.

Isu Proton:

Proton Holdings Berhad adalah sebuah syarikat milik DRB-Hicom. DRB-Hicom pula adalah syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari seorang billionaire dan individu antara 10 terkaya di Malaysia.

DRB-HICOM telah mengambil alih pegangan dalam Proton daripada Khazanah setelah mereka berjaya menewaskan bidaan Kumpulan Naza. Pengambil alihan oleh kumpulan DRB-HICOM milik Syed Mokhtar itu pada 2011/12 disokong oleh Dr Mahathir, pencetus dan pengasas Proton.

DRB-HICOM telah melantik Mahathir sebagai Pengerusi Proton. Mahathir bagaimanapun meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton semasa masalah kewangan pada kemuncaknya.

Proton telah memohon pertolongan kewangan (grant) daripada Kerajaan Malaysia dan telah diluluskan pinjaman sejumlah RM 1.5 billion untuk membayar hutang Proton kepada vendor-vendornya. Pinjaman Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah bertujuan untuk memastikan vendor-vendor Proton tidak gulung tikar atau muflis akibat dari kegagalan Proton untuk melunaskan hutangnya kepada vendor-vendor terlibat.

Salah satu syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah untuk mencari rakan teknikal yang sesuai bagi memulihkan perniagaan Proton.

Satu lagi, jika Proton gagal untuk membayar balik pinjaman berkenaan, Kerajaan Persekutuan boleh menukarkan "preference shares" yang dipegang oleh Kerajaan Malaysia sebagai jaminan pinjaman RM 1.5 billion berkenaan untuk mengambil alih Proton daripada DRB-HICOM.

Perkara yang perlu diambil maklum: Pertama, Proton adalah sebuah syarikat swasta milik DRB-HICOM. Kedua, Kerajaan Malaysia sudah "bail-out" Proton dengan memberi pinjaman/suntikan modal tunai berjumlah RM 1.5 billion.

Tidak sepatutnya timbul sebarangan persoalan atau dakwaan bahawa Kerajaan Malaysia "menjual" pegangan dalam Proton kepada syarikat asing, khasnya dari China. Ini adalah kerana jemputan atau tawaran kepada pihak yang berminat untuk menjadi 'rakan teknikal' Proton dibuat oleh DRB-HICOM.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts