Kosmetik @dapmalaysia

Written By Panglima Harimau on 12 February 2017 | 9:00 PM

DAP sanggup melutut; tapi setelah dapat kuasa dan memastikan matlamatnya tercapai, DAP sanggup membuang penentang termasuk kawan. Lihat di Pulau Pinang, DAP yang berkuasa penuh membuang orang-orang Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri.

TETAPI lain pula di Selangor, DAP tetap mengekalkan ker­jasama dengan Pas. Sebenarnya DAP berada di Selangor ada­lah bagi mengawal Pas dari berkuasa. Namun Pas tidak akan akur. Mereka tidak akan tunduk kepada DAP. Biarlah PAN yang memang parti asuhan DAP terus duduk di ketiak parti roket itu.

BAGI memulihkan imejnya yang semakin rosak di mata orang Melayu dan Islam. DAP akan menggunakan strategi kosmetik. Mereka menggunakan orang-orang tertentu untuk dipancing me­nyertai DAP. Anak muda di universiti dipupuk supaya anti kerajaan; mereka dilihat sentiasa didekati oleh DAP.

BEBERAPA ‘selebriti politik’ berpotensi dilihat mudah untuk menyertai DAP. Antaranya Zaid Ibrahim, bekas menteri Kabinet. Saifuddin Abdullah yang keluar UMNO. Khairuddin Abu Hassan pengasas penubuhan PPBM yang kemudiannya meningalkan parti tersebut. Terbaharu ialah Ezam Mohamad Noor - anak katak 6 kotak!

JALAN MUDAH untuk memancing mereka ini ialah dengan memberikan jawatan dan kerusi pilihan raya. Satu-satunya parti yang mampu berbuat demikian ialah DAP. Tambahan pula DAP sedang kemaruk melihatkan wajahnya sebagai parti berbilang bangsa.

SEMUA orang tahu DAP adalah 'taiko besar’ yang mengetuai pembangkang. PPBM walaupun dipimpin oleh Tun Dr.Mahathir tetapi beliau tidak ada kuasa. Mahu bercakap banyak pun PPBM bukannya hebat. Kerusi yang adapun milik UMNO.

SEBENARNYA DAP yang mencipta ilusi. Ada yang termakan dengan tipu helah dunia ilusi DAP ini. Itu sahaja yang mampu DAP lakukan. Hendak berlawan dengan track record dan fakta tak mampu, jadi lebih baik bermain ilusi. Akhirnya negara ini yang rugi. Akhirnya yang kalah jadi abu, menang jadi arang.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts