Roket @dapmalaysia Hilang Arah!

Written By Panglima Harimau on 04 February 2017 | 9:15 PM

PENASIHAT DAP sedang berlakon untuk kepentingan peribadinya dan menjaga ke­pentingan politik anaknya. Gerakerja Kit Siang hanyalah sekadar ‘wayang’ politiknya. Kit Siang sepatutnya menangani isu rasuah dalam kalangan pemimpin(kleptokrasi) di Pulau Pinang yang dipimpin oleh anaknya.

DAP bercakap mengenai kleptokrasi, tapi mereka tidak pernah suruh anak bossnya tangani kleptokrasi di Pulau Pinang. Sampai sekarang DAP tidak buat apa-apa dalam menyelesaikan kemelut yang melanda Pulau Pinang. DAP hanyalah setakat berlakon demi nak menang pilihan raya.

SEBELUM itu, Kit Siang menawarkan diri untuk menjalin kerjasama dengan Pas tetapi ditolak oleh Presidennya, Hadi Awang. Kit Siang menganggap keputusan Presiden Pas itu sebagai angkuh dan beremosi. Ini kerana Hadi mendakwa be­liau sebagai anti-Islam.

MENGAPA pula DAP mahu berdamai dengan Pas? Ini satu penghinaan teruk buat proksinya Parti Amanah Negara (PAN/Periuk). Di awal penubuhan PAN, DAP tampak begitu yakin, selesa dan besar diri kerana mereka mempunyai sebuah parti yang berteraskan Melayu dan Islam, selepas ketiadaan PAS.

DULU janjinya PAN akan menyertai PRU14 dengan bertanding di kerusi-kerusi yang pernah menjadi kouta milik PAS. Bagaimana pula caranya sekarang ini, tiba-tiba DAP mahu mengajak PAS untuk bergabung; pelik! Tapi Pas pandai main propaganda; selepas saja menolak ‘pinangan’ DAP, mereka terus umumkan mahu menang di 40 kerusi parlimen. TINDAKAN Pas ini, akan menyukarkan rancangan Pakatan Harapan yang dikuasai oleh DAP, malah ia turut ‘menyakitkan hati’ PPBM dan PAN yang merupakan parti orang Melayu dalam pembangkang. Maka akan berlakulah sekurang-kurangnya perlawanan 3 penjuru di lebih 40 kerusi Parlimen dalam PRU14 akan datang. Logiknya, ini memberi manfaat kepada BN untuk terus menang.

INI membuatkan DAP semakin berdendam dengan PAS; manakala PPBM pula semakin bercelaru. PPBM akan bergaduh besar dengan DAP dan PAN ketika mahu mengagih-agihkan kerusi yang mereka pertandingkan. Kalau begini macam mana Mukhriz nak jadi Perdana Menteri, dan Kit Siang nak menjawat Timbalan Perdana Menteri! Maka semuanya akan tinggal angan-angan sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts