Kajian Bodek Invoke Calonkan Rafizi Pula Sebagai Calon PM Pakatan Harapan.

Written By Panglima Harimau on 26 May 2017 | 4:17 PM

Lepas Mat Sabu gila hendak jadi PM, datang Rafizi pula teringin hendak jadi PM. Kajian Invoke menamakan Rafizi bakal PM ketiga popular selepas Anwar dan Mahathir.

Terbuktilah, Rafizi Ramli menggunakan Invoke untuk mencari populariti peribadinya sahaja.

Terbaru, menerusi kajian syok sendiri Invoke ini meletakkan nama Rafizi 10.7%, Wan Azizah 4.5% Azmin Ali 3.5% dan Nurul Izzah sejumlah 2.6% sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.

Nama Rafizi lebih tinggi berbanding Presiden PKR, Timbalan Presiden PKR dan anak Ketua Umum PKR. Lebih baik Rafizi sahaja jadi Perdana Menteri "sementara" bukannya Wan Azizah,  jika menurut kajian Invoke ini.

Nampak sangatlah, 80 orang pekerja Invoke ini buat kajian yang "bias", berat sebelah dan bersifat bodek Rafizi sahaja.

Menurut kenyataan balas Rafizi mengenai Invoke kepada Adam Rosly, Rafizi menyatakan jumlah gaji kakitangan Invoke sejumlah 80 orang adalah sejumlah RM888,487,

Secara purata gaji seorang pekerja adalah sejumlah RM11,106 seorang. Invoke beroperasi sejak Ogos 2016, sehingga Mei 2017 sudah masuk bulan ke 10 Invoke beroperasi. RM11,106 bahagi 10 bulan adalah RM1,110.60 seorang.

Jumlah perbelanjaan gaji ini nampaknya amat tidak munasabah. Siapa hendak kerja tetap dengan gaji RM1,100.60 sahaja selama 10 bulan?

Apakah ini antara sebab 80 orang pekerja Invoke ini terpaksa buat kajian untuk membodek Rafizi meminta agar gaji dinaikkan? Atau meminta bonus dua bulan gaji macam di Selangor?

Rafizi sebut Invoke ada 17 pejabat. Bermakna 17 pejabat inilah yang buat kajian merepek dan membodek Rafizi sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Rafizi kata dia belanjakan RM44,654 untuk sewa 17 pejabat, selama 10 bulan Invoke beroperasi. Ini bermakna kos sewa satu pejabat sebulan adalah RM262 sahaja.

Ada pejabat berharga RM262 sebulan pada zaman ini? Ini jumlah yang tidak logik. Ternyata anggaran gaji dan sewa pejabat Rafizi ini hanyalah serkap jarang sahaja. Begitu jugalah dengan kajian Invoke yang dibuat Rafizi. Hasilnya juga serkap jarang.

Kajian Invoke ini tiada integriti langsung. Sebab itulah Malaysiakini pun buat kajian dia sendiri tentang siapa yang layak jadi calon PM Pakatan Harapan. Nama Mahathir yang naik dan tertinggi ikut kajian Malaysiakini.

Kesimpulannya, nampak sangat Pakatan Harapan tidak boleh memutuskan secara bersama dan konsensus siapa calon tunggal mereka untuk menjadi PM. Mengapa perlu buat kajian sedangkan mereka sudah ada jawatankuasa penaja PH?

Berani buat kajian tetapi tidak berani mesyuarat dan duduk satu meja untuk memilih satu nama. Banyak sangat nama. Anwar, Wan Azizah, Mahathir, Mat Sabu dan Rafizi. Jawatan PM hanya ada satu jawatan dan nama sahaja. Kenapa susah sangat hendak pilih?

Kajian siapa PM Pakatan Harapan ini adalah hasil buruk kedua Rafizi pada bulan Mei ini, selepas menghasilkan tiga cadangan logo buruk untuk Pakatan Harapan pada 2 Mei 2017.

Apa jadi pada cadangan 300 logo lebih yang dihantar untuk dijadikan logo Pakatan Harapan pada 9 Mei 2017?

Kenapa tidak duduk satu meja dan pilih satu logo? Mengapa tidak pilih satu logo dan umumkan pada Kongres PKR pada hujung minggu lepas? 

Logo dan siapa hendak menjadi PM adalah perkara yang menjadikan pakatan pembangkang tidak berpakat kini. Sampai bila bila pun perkara logo, warna, perlembagaan dan calon PM ini akan menjadi rebutan dan bahan gaduh antara DAP, PKR, PAN dan PPBM.

Umpama sampan reput yang ada empat penjuru. Kit Siang dayung ke arah selatan dengan agenda chauvinisnya, Wan Azizah mahu mendayung ke barat untuk membebaskan suaminya sahaja, Mat Sabu mahu dayung ke Timur melawan PAS sahaja dan Mahathir tetap degil mahu dayung sampan ke Utara sahaja untuk jadikan Mukhriz sebagai PM.

Lama lama terputus sampan dan tenggelamlah sampan itu nanti kerana masing masing ada agenda peribadi dan tersendiri.

Di tengah tengah kecelaruan empat orang pendayung ini, Rafizi datang mengocak air kuat hingga memercik ke muka mereka berempat dengan kajian Invoke yang tiada integriti langsung. Biasalah, orang tidak boleh tanding lagi pada PRU14 akan buat apa sahaja untuk tarik perhatian.

Selepas ini, Invoke akan buat kempen pula untuk bebaskan Rafizi dari penjara. Anggap sahaja, apa sahaja yang Rafizi cakap adalah lawak dan karut.

Sudah 10 kali dia buat cerita bohong. Begitu juga dengan Invoke, kajian syok sendiri dan membodek Rafizi sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts