Makin Celaru, Mat Sabu Juga Teringin Jadi Calon PM Pakatan Harapan

Written By Panglima Harimau on 25 May 2017 | 2:07 PM

Persaingan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri bagi pihak Pakatan Harapan bukan hanya melibatkan PKR dan PPBM sahaja,  malah ia turut direbut PAN.

Anak didik DAP itu ternyata tidak mahu ketinggalan untuk merebut jawatan berkenaan. Parti itu mula mencadangkan presiden mereka Mohamad Sabu, sebagai Perdana Menteri pilihan.

Ini menyebabkan soal siapa sebenarnya calon PM Pakatan Harapan makin bertambah celaru. Sudah ada banyak sangat nama. Wan Azizah kata sanggup jadi "seat warmer". Di Kongres PKR nama Anwar diangkat PM ketujuh.

Selepas Kongres Mukhriz tidak puas hati dan teringin juga jadi PM khabarnya. Kemudian Salahuddin Ayub pula buat kenyataan pada 24 Mei 2017, menyatakan Mat Sabu juga layak jadi PM.

Yang paling tidak berganjak adalah Zaid Ibrahim yang tetap mahukan Mahathir menjadi PM kembali. Sudah ada lima nama, Wan Azizah, Anwar, Mukhriz, Mat Sabu dan Mahathir.

Itu belum lagi ditanya pada Adam Rosly dan tiga orang Exco PAS di Selangor, sudah pasti mereka mahukan Azmin Ali sebagai calon PM mereka. Semalam dalam satu ceramah parti bunga di Padang Kelab Sultan Sulaiman, di hadapan hadirin seramai 30 orang dan hanya 1,000 orang menonton live di Facebook, Mahathir menyatakan ;

"Bila menang boleh buat la (siapa jadi PM). Tak menang bubuh nama (seperti) syok sendiri" kata Mahathir.

Maknanya tindakan angkat plakad nama "Anwar PM ke 7" itu hanyalah syok sendiri sahaja. Akhirnya Mahathir memberikan jawapan, kenapa dia main telefon dan tidak angkat plakad masa Kongres PKR hujung minggu lepas.

Rupanya Mahathir kutuk semua orang yang pegang plakad itu sebagai syok sendiri sahaja. Mahathir pun sama juga, masih lagi syok sendiri mahukan Mukhriz sebagai PM.

Biarpun tidak menyebut nama Mukhriz secara terang terang, namun semua orang sudah tahu, siapa sebenarnya yang Mahathir mahu sebagai calon PM bagi Pakatan Harapan.

Siapa pun yang jadi calon PM, keputusan akhirnya akan ditentukan oleh parti yang paling banyak kerusi di parlimen. DAP adalah pembuat keputusan akhirnya dalam PH. DAP ada 37 kerusi berbanding PPBM yang ada satu kerusi sahaja.

Jika DAP setuju beri Mat Sabu sebagai calon PM, maka DAP juga boleh pilih TPM dari kalangan ahli parlimen DAP.  Jika DAP dan PAN bergabung, jumlah mereka jadi 42 kerusi kini. Jumlah paling banyak sekali dalam PH sekarang.

Boleh jadi Mat Sabu adalah pilihan DAP untuk jadi "seat warmer" sementara menunggu calon PM sebenar dari DAP pada PRU15 atau PRU16.  Daripada DAP beri pada Wan Azizah, lebih baik DAP beri pada Mat Sabu yang mana DAP sendiri boleh kawal dan perintahnya.

Gaji Mat Sabu sekarang pun, DAP yang bayar. Sudah pastilah Mat Sabu tidak akan belot. Mat Sabu akan jadi seperti Nizar di Perak, melaksanakan tugas dan "sign" apa yang patut bagi kepentingan Nga, Ngeh dan DAP di Perak dulu.

Mat Sabu boleh tanding di kerusi kawasan DAP di Penang atau di Gelang Patah. Daripada seorang pelawak, kini menjadi PM "remote control" bagi DAP. Alat kawalan jauh itu dipegang oleh Kit Siang.

Pakatan Harapan akan jadi lebih celaru jika DAP benar benar mahukan Mat Sabu. Mula mula DAP buat perjanjian sulit dengan Mahathir, namakan Mukhriz jadi PM. Kemudian DAP pakat dengan PKR, namakan Anwar.

Namun akhirnya, pakatan sulit yang paling selamat untuk DAP adalah berpakat dengan Mat Sabu dan PAN. Lebih senang "screw" dan kawal Mat Sabu berbanding Mukhriz atau Anwar.

Rafizi patut suruh Invoke masukkan nama Mat Sabu sekali dalam kajian. Lihat antara ramai ramai nama ini, siapa yang DAP suka dan selesa. "Confirm", menang kat Mat Sabu lah.

Inilah dia Pakatan Huru Hara, belum apa apa lagi sudah gaduh gaduh dan gila kuasa. Rakyat kena rasional dan berfikir panjang demi masa depan negara.

Rakyat memilih wakil rakyat untuk YB itu beri khidmat balik pada rakyat. Bukan beri undi kemudian mereka lari dari pengundi. Hanya sibuk rebut kuasa dan agenda peribadi. Hati hatilah membuat pilihan nanti.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts